QURBAN & AQIQAH KEMBOJA 2021

ALHAMDULILLAH, memasuki tahun ke-9 yang penuh cabaran di tahun 2021, kami masih meneruskan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Kemboja 2021M bersamaan 1442H.




Seperti mana tahun sebelumnya, dari tahun 2013, sehingga tahun 2021 dan kini inshAllah, kami masih mengekalkan kerjasama erat dengan eQurban Ihsan Sdn Bhd dan Koperasi Muslim Kemboja (CMC). Kerjasama yang kami jalinkan, bukan sekadar kerjasama di kertas putih, malah lebih dari itu adalah kami ingin sama-sama membantu umat Islam Kemboja terutamanya dari segi penjanaan ekonomi umat Islam di sana lebih-lebih lagi ketika musim wabak Covid-19 ini.

Biar kami jelaskan, agar bakal peserta qurban dan aqiqah kami memahami, kenapa kita masih laksanakan di Kemboja. Penyertaan qurban/aqiqah pihak tuan akan di selanggarakan bersama secara operasi dan penyembelihannya oleh Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, eQurban Sdn Bhd dan Koperasi Muslim Kemboja (CMC). Lembu dan kambing qurban ini di beli melalui koperasi CMC ini untuk menjana pendapatan mereka selain daging-daging qurban/aqiqah ini di manfaatkan oleh penduduk muslim di beberapa kampung muslim di sini, ada yang letaknya jauh dan ada yang dekat.

Untuk makluman, Koperasi Muslim Kemboja (CMC) telah lama wujud di Kemboja, dan mempunyai beberapa madrasah, ladang ternakan, tanah wakaf dan lain-lain lagi projek untuk manfaat umat Islam Kemboja.Terutama madrasah mereka, yang di bina untuk keperluan penduduk Islam di sana terdiri daripada anak-anak fakir miskin dan anak yatim. 

Dalam dimensi yang lebih besar, kita, peserta qurban/aqiqah telah membantu mereka dalam melaksanakan tuntutan pendidikan dan ekonomi mereka di sini.

Lanjut cerita tentang umat Islam Kemboja boleh ke blog ini dan hasil kerja kami di sini


QURBAN & AQIQAH KEMBOJA SUDAH DIBUKA!
=========================================
INSHALLAH, tahun 2021M/1442H, penyertaan ibadah qurban  sudah pun di buka hari ini sehingga 16 Julai 2021 manakala penyertaan ibadah aqiqah kami buka sepanjang tahun.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi (1493)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (Surah al-Hajj, ayat 37)

Tahun ini, penyertaan satu bahagian lembu adalah RM 430 satu bahagian dan kambing RM 700 seekor.
DAFTAR QURBAN

Anjuran melaksanakan sembelihan akikah disebabkan kelahiran bayi adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Samurah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.   Riwayat Abu Daud (1522)

Tahun ini, penyertaan satu bahagian lembu adalah RM 430 satu bahagian dan kambing RM 700 seekor.


Hubungi agen-agen pemasaran kami, klik pada nama agen untuk 
berhubung secara whatsapp.


Bahtiar Mahidin 

    Asri

Zaidad      

   Hafida

Marzatul       


Layari FB kami di SINI

----------------------------------------------------------------------------

Setiap Penyertaan Qurban & Akikah akan mendapat sijil beserta gambar dan setiap sijil akan di kirimkan ke peserta qurban dan akikah melalui servis penghantaran.

Selain itu, video-video/gambar qurban dan akikah akan di siarkan secara rasmi di fb kami di  Bestway Tour | Facebook
dam juga info terkini terutamanya semasa sembelihan qurban di lakukan.






Galeri Gambar Kenangan 2013-2019































                                              








                                              





                                              



 


                                                       

  




































0 comments:

Post a Comment